Selamat bergabung di blog kami

Senin, 04 Mei 2009

kata-kata mutiara

Posted by Admin 01.43, under | No comments

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti ~Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni


Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sehat, pohonnya pun akan sehat pula-Beng Tju

Kata kata mutiara -Albert Einstein : Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh

Teman manusia yang sebenarnya ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti

Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius

Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin


Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi

Rahasia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

Kecemerlangan sebenarnya adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Di balik keindahan rumah , dibalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulai langkah .Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan saja yang akan menemui jalan sebenarnya.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka –Soekarno

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

Tidak ada manusia yang bergembira sepanjang masa tapi bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahasianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.

Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya coba membuat mereka meminati anda

Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus

Harta tidak akan berkurang karena sedekah dan melakukan amal.

Sahabat sejati umpama pohon rindang tempat kita berteduh.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisikal,tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin senantiasa melakukan yang terbaik.

Manusia tidak perlu dihukum karena lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percobaan, ujian dan bermacam kesempatan. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang karena mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selaras dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan


Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

Jika kita melakukan sesuatu dengan penuh ikhlas, niscaya ganjaran yang kita terima juga sebanding dengan apa yang kita usahakan.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.

Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu

Kalau tidak karena semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri

Setiap manusia adalah arsitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahwa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencoba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.


Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeda. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu karena Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan siapa tentangnya, karena orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Perbedaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki

Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.

Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang

Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.

Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.

Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.

Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.

Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.. ~Whittier

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti

Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya

Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse

Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier

0 komentar:

Poskan Komentar